Followers

❤ Semua hasil tulisan dalam Ainna's Story tidak ada kaitan dengan sebarang pihak sama ada hidup atau mati. Harap maklum. ❤

Dec 5, 2011

Fadhilat 10 Muharam/ Hari Asyura :)


14 perkara sunat dilakukan pada Hari Assyura

 (10 Muharram)



Melapangkan masa/belanja anak isteri. 

Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun

 ini.


-Memuliakan fakir miskin. 

Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


-Menahan marah. 

Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke

 dalam golongan yang redha.


-Menunjukkan orang sesat.

 Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam 

hatinya.


-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 

Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di 

syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


-Bersedekah. 

Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka

 sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari

 kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah 

kepada semua fakir miskin di dunia ini.


-Memelihara kehormatan diri. 

Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa

 diterangi cahaya keimanan.


-Mandi Sunat

Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. 

Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana 

Allah Taala."


-Bercelak. 

Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 

Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan 

rahmah di akhirat nanti.


-Sembahyang sunat empat rakaat. 

Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau

 telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 

Lafaz niat: 

"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat

 kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua

 selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.



-Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula

 wa nikmannaseer". 

Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.


-Menjamu orang berbuka puasa. 

Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang 

Islam berbuka puasa.


-Puasa. 

Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari

 Asyura kerana Allah Taala." 

Fadilat - Diberi pahala seribu

 kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan

 diharamkannya daripada neraka.


Renungkan bersama dan Selamat Beramal! :)






0 ✿ budak chumel ✿: